Wednesday, June 8, 2011

PROGRAM TEKNOUSAHAWAN

BATU PAHAT, 23 April 2011- Bagi merealisasikan hasrat MARA untuk melahirkan usahawan ICT yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif, pelajar-pelajar Diploma in Computer System and Networking semester 5 yang mengambil matapelajarn Technoprenuership telah berganding tenaga bersama pensyarah matapelajaran berkenaan melancarkan Program Teknousahawan di Summit Paradet, salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Batu Pahat.

Program ini telah diadakan selama 2 hari dan dirasmikan oleh Encik Abdul Rahman bin Mat Rawi, Timbalan Pengarah Perkhidmatan KPTM Batu Pahat. Program ini adalah kali ke 2 diadakan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar DCSN.

Program ini disertai oleh 50 orang pelajar Technousahawan yang telah membuka 10 buah booth jualan di mana ianya mendapat sokongan dari syarikat-syarikat ICT di sekitar batu Pahat. Pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat turut hadir memberi sokongan. Unit Pemasaran KPTM Batu Pahat tidak melepaskan peluang keemasan ini turut serta membuka booth promosi dan pengambilan terbuka pelajar-pelajar baru.

Program ini berfokuskan kepada penjualan barang-barang ICT seperti komputer, aksesori komputer, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan pembaikian komputer, perkhidmatan mengambil gambar dan video, telefon bimbit, kamera dan sebagainya yang bertujuan untuk memberi pendedahan perniagaan ICT yang semakin berkembang maju di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Pihak pengurusan Summit Parade dan syarikat-syarikat ICT di Batu Pahat telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Program Teknousahawan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan ICT yang kreatif dan berdaya saing dari kalangan pelajar Institut pengajian Tinggi (IPT).

Program ini akan diadakan setiap semester dan dijangka akan diadakan di Batu Pahat Mall pada bulan Ogos 2011.